Belting (talisawat) bukan sahaja digunakan pada sistem penyejukan dan pengecasan tetapi digunakanjuga untuk sistem enjin, sistem penyaman udara dan juga sistem steering kuasa.
Fungsi & Struktur Binaan Belting
a) Belting digunakan dalam sistem enjin, air-cond system, charging system, cooling system dan system power steering.
b) Belting berfungsi menerima geseran yang tinggi daripada pemindahan kuasa putaran Crank shaft pully kepada pully-pully lain yang bersambung dengannya tanpa tergelincir atau terseret.
c) Ia mestilah boleh melentur mengikut lenggokan pully dan tahan kepada suhu kepanasan yang tinggi.
d) Bahan asasnya terdiri daripada lembaran benang atau dawai yang digunakan sebagai menambahkan ketahanan belting.
Apabila komponen-komponen berjauhan atau sempit dari crank shaft pulley maka belting yang panjang diperlukan untuk menghubungkannya.Dengan ini tensioner/pemegang adalah diperlukan juga untuk mengelak libasan belting bagi menentukan pemindahan putaran yang positif.
2) Cogged V-Belt (Alur āVā berbilang) dan Multi ribbed.
Alur āVā berbilang menggantikan penggunaan alur V tunggal dengan tujuan untuk mendapatkan geseran yang tinggi supaya pemindahan pacuan dapat dioptimumkan. Ia adalah belting yang lebar, nipis dan berbilang alur yang bertindak sebagai beberapa V yang kecil.
Saiz belting ini diukur pada lilitan dan bilangan alur V.Lapisan belakang belting dimajukan untuk digunakan sebagai landasan ketegangan apabila tensioner/pemegang dikenakan terhadapnya.
3) Corrugated belt.
Corrugated belt@ timing belt digunakan untuk memindahkan kuasa pusingan crankshaft
kepada camshaft. Ianya senyap dalam operasinya dan tanpa perlu senggara. Bagaimanapun
haruslah dielakan dari terkena minyak dan lain-lain kotoran. Oleh itu ianya dilindungi dengan
oil seal (sesendal minyak) dihadapan crankshaft dan camshaft serta penutup penalaan (timing cover).
Saiz lilitan dan lebar ditentukan oleh pihak pembuat dan biasanya di tukr pada jarak 60000km hingga 100000km.
Sy newbie dlm automotive...nk jenis2 belt
ReplyDeleteSy newbie dlm automotive...nk jenis2 belt
ReplyDeleteš
ReplyDeleteBelting aircond wira ada saiz ke apa saiz wira 1.5 vdo
ReplyDeleteSenang nak buat keje online
ReplyDelete