Wednesday 30 March 2011

JENIS-JENIS BELTING

Pengenalan
Belting (talisawat) bukan sahaja digunakan pada sistem penyejukan dan pengecasan tetapi digunakanjuga untuk sistem enjin, sistem penyaman udara dan juga sistem steering kuasa.

Fungsi & Struktur Binaan Belting
a)   Belting digunakan dalam sistem enjin, air-cond system, charging system, cooling system dan system power steering.
b)   Belting berfungsi menerima geseran yang tinggi daripada pemindahan kuasa putaran  Crank shaft pully kepada pully-pully lain yang bersambung dengannya tanpa tergelincir atau terseret.
c)   Ia mestilah boleh melentur mengikut lenggokan pully dan tahan kepada suhu kepanasan yang tinggi.
d)  Bahan asasnya terdiri daripada lembaran benang atau dawai yang digunakan sebagai menambahkan ketahanan belting.

Jenis-jenis Belting
1) Conversional V-Belt (alur V-tunggal).
     Biasanya digunakan untuk memusingkan pam air dan penjana arus.Saiz belting diukur pada lilitan X lebar:contohnya 900 x 9.5 .Lebar maksima untuk pacuan alatan di atas ialah 11mm. Belting selebar 13 mm digunakan untuk memacu pemampat penyaman udara atau pam steering kuasa. 
          Apabila komponen-komponen berjauhan atau sempit dari crank shaft pulley maka belting yang panjang diperlukan untuk menghubungkannya.Dengan ini tensioner/pemegang adalah diperlukan juga untuk mengelak libasan belting bagi menentukan pemindahan putaran yang positif.

2) Cogged V-Belt (Alur ‘V’ berbilang) dan Multi ribbed. 
        Alur ‘V’ berbilang menggantikan penggunaan alur V tunggal dengan tujuan untuk mendapatkan geseran yang tinggi supaya pemindahan pacuan dapat dioptimumkan. Ia adalah belting yang lebar, nipis dan berbilang alur yang bertindak sebagai beberapa V yang kecil.
        Saiz belting ini diukur pada lilitan dan bilangan alur V.Lapisan belakang belting dimajukan untuk digunakan sebagai landasan ketegangan apabila tensioner/pemegang dikenakan terhadapnya.



3) Corrugated belt.
     Corrugated belt@ timing belt digunakan untuk memindahkan kuasa pusingan crankshaft
kepada camshaft. Ianya senyap dalam operasinya dan tanpa perlu senggara. Bagaimanapun
haruslah dielakan dari terkena minyak dan lain-lain kotoran. Oleh itu ianya dilindungi dengan
oil seal (sesendal minyak) dihadapan crankshaft dan camshaft serta penutup penalaan (timing cover).
       Saiz lilitan dan lebar ditentukan oleh pihak pembuat dan biasanya di tukr pada jarak 60000km hingga 100000km.







Thursday 24 March 2011

PENAPIS UDARA

Terdapat 3 jenis penapis udara yang digunakan dalam kenderaan pada masa kini. Antaranya ialah:
1) Jenis Elemen Lipatan Kertas
2) Jenis Mandi Minyak (Oil Bath)
3) Jenis Basahan Minyak (Oil Wetted)


Fungsi utama penapis udara adalah bagi menyaring segala kekotoran seperti habuk dalam udara dari memasuki sistem enjin kenderaan.


Penjagaan penapis udara amatlah penting kerana ianya boleh merosakkan enjin jika tidak diselenggara dengan baik.


Penapis Udara Jenis Lipatan Kertas;

Tuesday 22 March 2011

KERETA HYBRID

Kereta hibrid merupakan kereta yang digerakkan menggunakan dua (2) punca kuasa iaitu kuasa bahan api (petrol/diesel) dan kuasa motor elektrik. Kelebihan kereta hybrid berbanding kereta biasa adalah ianya menjimatkan bahan api dan seterusnya mampu menyurangkan pencemaran alam sekitar.

Contoh kereta hybrid yang terdapat di pasaran malaysia;
Toyota Prius








Honda Insight